GEORGE TOWN: Biarpun telah diberi amaran keras oleh polis agar tidak menganjurkan sambutan Tahun Baharu 2022, namun masih ada pihak yang berani mengingkari arahan tersebut.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Pulau Pinang, Senior Asisten Komisioner Rahimi Mohd Ra'ais berkata, dalam Ops Ambang Tahun Baharu 2022 malam tadi, seramai 26 individu ditahan kerana telah menganjurkan sambutan tahun baharu tanpa kebenaran.
Menurut Rahimi, kesalahan itu dikesan di sebuah pusat hiburan di Pulau Tikus dan sebuah hotel di Batu Ferringhi.
"Untuk pusat hiburan ada juga individu yang buat private party di mana hasil daripada maklumat yang kita perolehi kita telah buat serbuan dan menahan beberapa individu kerana telah menganjurkan parti sempena tahun baharu.
"Kesemua mereka telah kita ambil tindakan di bawah Seksyen 269 Kanun Keseksaan dan di bawah enakmen hiburan dan tempat hiburan di Pulau Pinang..
Menurut Rahimi, secara keseluruhannya seramai 8,164 individu dan sejumlah 4,929 buah kenderaan telah diperiksa dalam operasi yang bermula jam 9 malam dan berakhir jam 4 pagi tadi (Sabtu).
Daripada jumlah itu, seramai 253 individu telah ditahan atas pelbagai kesalahan membabitkan pelanggaran prosedur operasi standard (SOP), kes jenayah serta narkotik.
Menurutnya, seramai 144 individu ditahan atas pelbagai kesalahan melibatkan jenayah narkotik, manakala pelbagai jenis dadah bernilai RM17,338 telah dirampas.
36 individu ditahan atas pelbagai kesalahan jenayah manakala tiga lagi individu ditahan di bawah Akta Bahan Letupan 1957 kerana telah membakar mercun tanpa kebenaran.
Dalam pada itu, katanya, polis turut mengeluarkan 1,301 keping saman serta menyita 52 buah motosikal di atas pelbagai kesalahan trafik.
Tiga individu turut ditahan kerana memandu dalam pengaruh alkohol.
Rahimi berkata demikian dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang, pada Sabtu.
Dewi Nur Harasha Alias
Sat Jan 01 2022
Seramai 26 individu ditahan kerana telah menganjurkan sambutan tahun baharu tanpa kebenaran. - Foto ihsan PDRM
Kronologi anggota polis maut diserang lelaki bertopeng di Balai Polis Ulu Tiram
"Polis percaya kes tembakan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor yang mengorbankan dua anggota pasukan keselamatan itu ada kaitan dengan kumpulan pengganas, Jemaah Islamiah (JI)," menurut Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain.
#AWANInews
#AWANInews
Ronaldo tiada hasrat untuk bersara, masih berminat teruskan karier
Pada usia 39 tahun, Ronaldo masih mempunyai motivasi yang tinggi untuk bersaing dengan "singa muda."
Meta uji paparan web untuk Threads dengan rekaan umpama Tweetdeck
Dengan langkah ini, pengguna boleh menyusun pelbagai lajur-lajur berbeza dan memantaunya dengan mudah melalui hanya satu paparan.
AFC sokong saranan gantung Israel
Presiden AFC suarakan sokongan terhadap usul Persatuan Bola Sepak Palestin agar Israel digantung daripada FIFA berikutan serangan tidak berpenghujung di Gaza.
Niaga SPOTLIGHT: Economic Impacts of Extreme Heat
[TERKINI] Sidang media IGP berhubung serangan di Balai Polis Ulu Tiram
Ikuti sidang media Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berhubung kes serangan lelaki bertopeng di Balai Polis Ulu Tiram, Johor Bahru.
#AWANInews
#AWANInews
Bursa Malaysia dibuka tinggi
Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 2.38 mata kepada 1,613.49 daripada 1,611.11 semalam.
Filem berbahasa Dusun, 'Sinakagon' bakal ke pawagam 13 Jun ini
'Sinakagon' bukan sahaja mengangkat bahasa dan budaya kaum Dusun ke layar perak tetapi juga menawarkan jalan cerita yang menarik.
Inflasi meningkat, ringgit lemah, rasionalisasi subsidi akan tingkatkan lagi inflasi?
Kupasan lanjut tetang impak peningkatan inflasi terhadap rakyat, ekonomi bersama Provost, Malaysia University of Science and Technology, Prof Emeritus Dr Barjoyai Bardai.
Angka kematian akibat bencana alam di Brazil meningkat kepada 151
Dalam tempoh 24 jam lepas, bilangan mangsa yang meninggal dunia telah meningkat dari 149 ke 151 orang.
Ops Ambang Tahun Baharu: 253 individu ditahan di P. Pinang atas pelbagai kesalahan
Biarpun telah diberi amaran keras oleh polis agar tidak menganjurkan sambutan Tahun Baharu 2022, namun masih ada pihak yang berani mengingkari arahan tersebut.